SAVE Palestine!!! SAVE Gaza!!!

Wasiat Imam As-Syibli Rahimahullahu Taala

10:09 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN /

Imam As-Syibli rahimahullahu taala telah berkhidmat kepada 400 orang guru.

Dan beliau juga berkata:

"Aku telah membaca empat ribu buah hadis, kemudian aku pilih daripada bilangan itu sebuah hadis yang benar-benar aku amalkan dan aku tinggalkan yang lain daripadanya. Kerana aku telah memerhatikan hadis yang aku pilih ini dan aku telah mendapati di dalamnya ada keselamatanku dan kesejahteraanku dan telah terkandung di dalamnya segala ilmul awwalin (ilmu orang dahulu) dan ilmul akhirin (ilmu orang yang kemudian) maka aku merasa cukup dengan berpegang teguh dengannya. Hadis itu ialah sebuah hadis yang pernah diwasiatkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada salah seorang daripada sahabatnya".

Hadis itu berbunyi yang bermaksud:

"Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadanya. Dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya".

Menurut Imam Al-Ghazali rahimahullahu taala, beliau berkata: "Apabila engkau mengetahui hadis ini, maka sebenarnya engkau sudah tidak perlu lagi kepada kepada ilmu yang banyak".

..::Tags::..

0 testimoni:

Post a Comment