SAVE Palestine!!! SAVE Gaza!!!

Remaja dalam Islam

15:59 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN /

Daripada Abu Hurairah dari Nabi S.A.W. bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah Taala di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali hanya naungan-Nya: Pemimpin yang adil, pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah Taala, lelaki yang hatinya terkait pada masjid, dua orang yang yang saling cinta-mencintai kerana Allah (berhimpun kerana Allah dan berpisah kerana Allah), lelaki yang dirayu oleh perempuan yang jelita untuk mengerjakan zina lalu ia berkata: Aku takut akan Allah, lelaki yang menyembunyikan sedekahnya, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan bersendiran maka mengalir air matanya". (H.R Bukhari dan Muslim)

Remaja dan pemuda merupakan aset terpenting dalam sesebuah negara kerana mereka merupakan bakal pemimpin masa depan.

Pentingnya remaja dapat dilihat dalam hadis nabi di atas sehingga perkataan "Syaab" dan "Rajul" disebut sebanyak lima kali atau lima antara tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di Padang Mahsyar yang dikatakan nabi sebagai satu tempat yang tiada naungan kecuali naungan Allah.

Golongan pertama yang berkaitan dengan remaja iaitu " pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah" ialah sepanjang hidup remajanya (Syaab) dia melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya dan dia berpegang teguh dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

Kenapa remaja? Kenapa tidak orang tua dan warga emas? Kenapa Nabi mengatakan remaja?

Nabi S.A.W menyebut remaja kerana remaja merupakan satu tempoh perubahan dari zaman kanak-kanaknya menuju ke suatu zaman yang dikatakan zaman dewasa. Dalam tempoh inilah, remaja mula merasai perubahan pada emosinya, fikirannya yang mengatakan dia bukan lagi seorang kanak-kanak, jadi dia tidak perlu dikongkong sebagai seorang kanak-kanak lagi. Dan mereka mempunyai pemikiran yang tidak panjang... mereka hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Mereka ingin mencuba sesuatu yang dirasakan mereka sebagai satu... keseronkan.

Oleh kerana zaman remaja merupakan suatu zaman yang... kritikal, Nabi mengingatkan, selagi mereka (remaja) berpegang teguh dan taat pada Allah Azza wa Jalla, selagi itulah mereka djanjikan dengan naungan Allah di Padang Mahsyar kelak.

Golongan yang kedua ialah, "lelaki yang hatinya terkait pada masjid".

Lelaki yang hatinya sentiasa terkait pada masjid menjadikan masjid sebagai lambang dan syiar agama. Hati mereka sentiasa merindui masjid dan ingin berada dalam masjid selama yang dia mahu. Kerinduannya pada masjid menjadikan dia sebagai seorang daripada golongan yang Allah akan naunginya di hari yang dikumpulkan sekalian makhluk-Nya. Masjid telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

Golongan yang ketiga ialah, "lelaki yang dirayu oleh perempuan yang jelita untuk mengerjakan zina lalu dia berkata: Aku takut akan Allah".

Cabaran dan dugaan yang paling hebat bagi lelaki khususnya remaja ialah wanita. Sebab apa saya katakan begitu?

Sedar atau tidak, kebanyakan wanita boleh membawa kemudharatan kepada diri sendiri. Tak percaya ke??? Saya bagi contoh... Pernah atau tidak remaja lelaki yang main sms dengan seorang perempuan solat pada awal waktu...???

Macam mane??? Lu pikir sendiri...

Belum lagi seorang perempuan mengajak untuk mengerjakan zina. Kalau kita berada dalam situasi seorang perempuan mengajak kita kepada zina, belum tentu kita boleh menepis ajakannya dan berkata, "Aku takut akan Allah". Besar dugaannya. Nabi S.A.W sanjung akan seorang pemuda yang menepis ajakan seorang perempuan yang jelita dan menggiurkan yang mengajak untuk melakukan zina.

Golongan yang keempat ialah, "lelaki yang menyembunyikan sedekahnya, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanan" bermaksud seorang lelaki yang menyedekahkan hartanya tanpa mahu menunjuk-nunjuk dan melakukan sedekahnya dengan ikhlas. Lelaki ini bersedekah kerana ingin mendapat keredhaan Allah dan pahala yang akan dijadikan sahamnya di akhirat kelak, penentu sama ada tinggalnya di syurga atau di neraka. Tergolonglah golongan ini dalam golongan yang dijamin Allah akan selamat di Padang Mahsyar.

Golongan yang kelima ialah, "seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian maka mengalirlah air matanya". Ini adalah tanda orang yang takut akan azab Allah. Apabila disebut nama Allah, maka bergegarlah hati ini kerana gerunnya dia terhadap azab seksa Allah. Perkataan takut dan gerun kepada Allah bukannya bermakna kita menjauhkan diri dan lari daripada Allah, tetapi perkataan takut dan gerun itu adalah takut dan gerun kepada azab Allah dan berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah supaya dapat mengelakkan diri daripada azabnya yang pedih.

Wallahua'lam


..::Tags::..

0 testimoni:

Post a Comment