SAVE Palestine!!! SAVE Gaza!!!

Sebelum Perang Armagadon

14:58 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN /

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Umar, menukilkan pada satu waktu mereka (Abdullah bin Umar bersama sahabat Nabi S.A.W. lain) sedang duduk bersama Rasulullah S.A.W. Ketika itu baginda berbicara tentang fitnah-fitnah (cubaan dan huru-hara) sehingga baginda menyebut fitnah Al-Ahlas.

Lalu seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W.: "Wahai Rasulullah, apakah fitnah Al-Ahlas itu?"

Baginda menjelaskan ialah pelarian (dari medan peperangan) dan hilangnya harta dan keluarga. Kemudian baginda S.AW. menyebut pula fitnah As-Sarrak (fitnah kesenangan) yang mana ia berasal dari kedua tapak kaki seorang lelaki dari kaumku yang mana ia mengaku ia berasal dari keturunanku, sedangkan dia bukanlah dari keturunanku, akan tetapi para waliku adalah orang yang bertaqwa.

"Kemudian manusia akan dipimpin oleh seorang lelaki seperti peha di atas rusuk (tidak stabil atau tempang) dan ia berlangsung tidak lama. Kemudian datang pula fitnah Duhaimak (bencana dan huru-hara), yang mana dia tidak akan membiarkan seorang dari umat ini kecuali akan diserangnya. Apabila ia dikatakan sudah selesai, maka ia akan menjadi-jadi. Pada pagi harinya seorang lelaki itu akan beriman, sedangkan pada malam harinya dia pula menjadi kafir, sehingga manusia akan menjadi dua kelompok. Kelompok iman yang tidak ada kefasikan dan kelompok fasik yang tidak ada iman.

"Apabila telah terjadi hal tersebut, maka tunggulah (ketibaan) Dajjal dari hari itu atau dari hari keesokannya. (Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ahmad, Al-Hakim).

Fitnah Yang Panjang Masanya

Perkataan Al-Ahlas secara bahasa bererti 'kain yang diletakkan di belakang unta'. Imam At-Khattabi berkata: "Fitnah ini disebut dengan Ahlas kerana fitanha ini sangat panjang masanya kerana Ahlasa secara bahasa bererti kain yang digunakan sebagai alas duduk di atas suatu tempat selama ia tidak diangkat kembali. Dan dalam tafsiran yang lain menyebut bahawa maksd fitnah itu disebut Ahlas kerana warnanya yang hitam kelam." (Ma'alimussunan oleh Al-Khattabi, halaman 131).

Fitnah Ahlas juga bermaksud fitnah yang sangat panjang yang sudah dimulai semenjak zaman para sahabat, di mana Umar bin Al-Khattab adalah dinding pembatas antara kaum Muslimin dengan fitnah ini, sebagaimana yang diterangkan Nabi S.A.W. ketika baginda berkata kepada Umar: "Sesungguhnya antara kamu dengan fitnah itu (Al-Ahlas) terdapat pintu yang akan hancur". (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Hudzaifah r.a.)

Sabda Rasulullah S.A.W. ini memang telah menjadi kenyataan, di mana ketika Umar baru sahaja meninggal dunia, hancurlah pintu tersebut dan terbukalah fitnah ini terhadap kaum Muslimin dan ia tidak pernah berhenti sampai sekarang, terjadi peristiwa demi peristiwa pelarian perang. Sungguh benar segala apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. bahawa ia adalah fitnah Ahlas.

Fitnah As-Sarrak

Fitnah Ahlas yang panjang masanya itu terus berlanjutan berlaku ke atas kaum Muslimin sehingga datang pula fitnah As-Sarrak (fitnah kesenangan harta benda), yang mana ia telah bermula pada zaman kita sekarang ini dan menjadi pintu gerbang menyambut kedatangan fitnah Duhaimak.

Fitnah Duhaimak

Fitnah Duhaimak bererti bencana, huru-hara dan kesusahan, iaitu fitnah pertempuran-pertempuran terakhir yangakan bermula dengan perang Armagadon dan fitnah Duhaimak itu akan berakhir dengan terbunuhnya Dajjal yang terlaknat oleh Isa ibn Maryam a.s.

Sepanjang berlaku fitnah Duhaimak, Rasululullah S.A.W. menasihatkan umatnya agar mencari dan hidup dalam kelompok (sesama) mukmin dan mengikuti kepimpinannya. Atau dalam perkataan lain, hidup dalam jemaah kaum Muslimin. Jika tidak ada, lebih baik hidup bersendirian dengan mempertahankan iman dan Islam.

Sebagaimana Nabi S.A.W. bersabda sebagai menjawab soalan Abu Hudzaifah: "Apakah setelah terjadinya kebaikan (kebenaran dan keadilan) ini akan terjadi pula keburukan (kemungkaran dan kezaliman)?" Baginda S.A.W.menjawab: "Benar."

Abu Hudzaifah bertanya lagi: "Dan apakah setelah terjadinya keburukan itu akan terjadi pula kebaikan?"

Baginda menjawab: "Benar, sedangkan padanya terdapat Ad-Dakhan (kekeruhan)." Abu Hudzaifah bertanya: "Apakah kerosakannya itu?"

Baginda S.A.W. menjawab: "Adanya suatu kaum yang tidak mengambil petunjukku, engkau mengetahui hal itu dan engkau membencinya."

Abu Hudzaifah bertanya: "Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku menemui hal itu?"

Baginda menjawab: "Selalulah engkau bersama kelompok kaum Muslimin dan pemimpin mereka."

Abu Hudzaifah bertanya: "Bagaimana jika mereka tidak mempunyai kelompok kaum Muslimin atau pemimpin?"

Bginda menjawab: "Maka hendaklah engkau menjauhkan diri dari semua kelompok tersebut
(bersendirian atau beruzlah)."

Perkataan 'Dakhan' dalam hadis ini mempunyai banyak makna; antaranya kedengkian, kerosakan dan kekeruhan keadaan yang membawa kekacauan yang membawa huru-hara dalam masyarakat.

Apa yang telah disebut oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadis di atas ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku.

0 testimoni:

Post a Comment