SAVE Palestine!!! SAVE Gaza!!!

Muslimah dan Gambar: Ada Apa Dengannya?

13:37 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu 'weblog', mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur: "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan."

Namun kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,

Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih 'instant', sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda…

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu peng'edit' gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah.

Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!


PENYELESAIANNYA….


Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian peng'edit' gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan 'posing-posing' yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan 'posting' yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...

Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

S e l a m a t B e r m u j a h a d a h



*Sumber: ABG SHAHIMAN


..::Tags::..

Sebelum Perang Armagadon

14:58 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Umar, menukilkan pada satu waktu mereka (Abdullah bin Umar bersama sahabat Nabi S.A.W. lain) sedang duduk bersama Rasulullah S.A.W. Ketika itu baginda berbicara tentang fitnah-fitnah (cubaan dan huru-hara) sehingga baginda menyebut fitnah Al-Ahlas.

Lalu seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W.: "Wahai Rasulullah, apakah fitnah Al-Ahlas itu?"

Baginda menjelaskan ialah pelarian (dari medan peperangan) dan hilangnya harta dan keluarga. Kemudian baginda S.AW. menyebut pula fitnah As-Sarrak (fitnah kesenangan) yang mana ia berasal dari kedua tapak kaki seorang lelaki dari kaumku yang mana ia mengaku ia berasal dari keturunanku, sedangkan dia bukanlah dari keturunanku, akan tetapi para waliku adalah orang yang bertaqwa.

"Kemudian manusia akan dipimpin oleh seorang lelaki seperti peha di atas rusuk (tidak stabil atau tempang) dan ia berlangsung tidak lama. Kemudian datang pula fitnah Duhaimak (bencana dan huru-hara), yang mana dia tidak akan membiarkan seorang dari umat ini kecuali akan diserangnya. Apabila ia dikatakan sudah selesai, maka ia akan menjadi-jadi. Pada pagi harinya seorang lelaki itu akan beriman, sedangkan pada malam harinya dia pula menjadi kafir, sehingga manusia akan menjadi dua kelompok. Kelompok iman yang tidak ada kefasikan dan kelompok fasik yang tidak ada iman.

"Apabila telah terjadi hal tersebut, maka tunggulah (ketibaan) Dajjal dari hari itu atau dari hari keesokannya. (Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ahmad, Al-Hakim).

Fitnah Yang Panjang Masanya

Perkataan Al-Ahlas secara bahasa bererti 'kain yang diletakkan di belakang unta'. Imam At-Khattabi berkata: "Fitnah ini disebut dengan Ahlas kerana fitanha ini sangat panjang masanya kerana Ahlasa secara bahasa bererti kain yang digunakan sebagai alas duduk di atas suatu tempat selama ia tidak diangkat kembali. Dan dalam tafsiran yang lain menyebut bahawa maksd fitnah itu disebut Ahlas kerana warnanya yang hitam kelam." (Ma'alimussunan oleh Al-Khattabi, halaman 131).

Fitnah Ahlas juga bermaksud fitnah yang sangat panjang yang sudah dimulai semenjak zaman para sahabat, di mana Umar bin Al-Khattab adalah dinding pembatas antara kaum Muslimin dengan fitnah ini, sebagaimana yang diterangkan Nabi S.A.W. ketika baginda berkata kepada Umar: "Sesungguhnya antara kamu dengan fitnah itu (Al-Ahlas) terdapat pintu yang akan hancur". (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Hudzaifah r.a.)

Sabda Rasulullah S.A.W. ini memang telah menjadi kenyataan, di mana ketika Umar baru sahaja meninggal dunia, hancurlah pintu tersebut dan terbukalah fitnah ini terhadap kaum Muslimin dan ia tidak pernah berhenti sampai sekarang, terjadi peristiwa demi peristiwa pelarian perang. Sungguh benar segala apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. bahawa ia adalah fitnah Ahlas.

Fitnah As-Sarrak

Fitnah Ahlas yang panjang masanya itu terus berlanjutan berlaku ke atas kaum Muslimin sehingga datang pula fitnah As-Sarrak (fitnah kesenangan harta benda), yang mana ia telah bermula pada zaman kita sekarang ini dan menjadi pintu gerbang menyambut kedatangan fitnah Duhaimak.

Fitnah Duhaimak

Fitnah Duhaimak bererti bencana, huru-hara dan kesusahan, iaitu fitnah pertempuran-pertempuran terakhir yangakan bermula dengan perang Armagadon dan fitnah Duhaimak itu akan berakhir dengan terbunuhnya Dajjal yang terlaknat oleh Isa ibn Maryam a.s.

Sepanjang berlaku fitnah Duhaimak, Rasululullah S.A.W. menasihatkan umatnya agar mencari dan hidup dalam kelompok (sesama) mukmin dan mengikuti kepimpinannya. Atau dalam perkataan lain, hidup dalam jemaah kaum Muslimin. Jika tidak ada, lebih baik hidup bersendirian dengan mempertahankan iman dan Islam.

Sebagaimana Nabi S.A.W. bersabda sebagai menjawab soalan Abu Hudzaifah: "Apakah setelah terjadinya kebaikan (kebenaran dan keadilan) ini akan terjadi pula keburukan (kemungkaran dan kezaliman)?" Baginda S.A.W.menjawab: "Benar."

Abu Hudzaifah bertanya lagi: "Dan apakah setelah terjadinya keburukan itu akan terjadi pula kebaikan?"

Baginda menjawab: "Benar, sedangkan padanya terdapat Ad-Dakhan (kekeruhan)." Abu Hudzaifah bertanya: "Apakah kerosakannya itu?"

Baginda S.A.W. menjawab: "Adanya suatu kaum yang tidak mengambil petunjukku, engkau mengetahui hal itu dan engkau membencinya."

Abu Hudzaifah bertanya: "Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku menemui hal itu?"

Baginda menjawab: "Selalulah engkau bersama kelompok kaum Muslimin dan pemimpin mereka."

Abu Hudzaifah bertanya: "Bagaimana jika mereka tidak mempunyai kelompok kaum Muslimin atau pemimpin?"

Bginda menjawab: "Maka hendaklah engkau menjauhkan diri dari semua kelompok tersebut
(bersendirian atau beruzlah)."

Perkataan 'Dakhan' dalam hadis ini mempunyai banyak makna; antaranya kedengkian, kerosakan dan kekeruhan keadaan yang membawa kekacauan yang membawa huru-hara dalam masyarakat.

Apa yang telah disebut oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadis di atas ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku.

'Atlas of Creation' Membidas Teori Darwin

17:01 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

"...kreationisme Islam menawan Perancis."
-The Washington Post-

"...sebuah atlas luar biasa telah menawan Switzerland."
-Le Matin, AKHBAR HARIAN BELGIUM-


"...Kementerian Pelajaran Paris panik dan meminta agar buku tersebut tidak diajarkan di bilik darjah."
-Die Welt, AKHBAR HARIAN TERBESAR JERMAN-


"Ia adalah serangan paling hebat ke atas evolusi dalam tempoh yang sangat lama: Demikianlah persepakatan para saintis Eropah yang baru-baru ini menerima naskhah percuma 'Atlas of Creation'.
-MAJALAH SCIENCE, ISU 16 FEB, 2007-



Demikian sebahagian respons beberapa media massa terhadap penyebaran percuma sebuah buku gergasi yang dinamakan sebagai 'Atlas of Creation'. Buku setebal 770 halaman ini telah dikirimkan dari Turki ke beratus-ratus sekolah, perpustakaan, institut pengajian tinggi dan orang orang perseorangan termasuk para saintis dan wartawan di seluruh Turki, Perancis, Amerika Syarikat, Belgium, Switzerland, Itali, Scandinavia dan Sepanyol.

Fikiran Dunia Eropah Tertutup Selama 150 tahun.

Atlas yang diterbitkan dalam saiz yang luar biasa dan mengandungi lebih 1000 gambar dan ilustrasi ini menegaskan teori Darwin telah silap; teori evolusi Darwin hanyalah khayalan, dan hidupan tidak pernah mengalami sebarang evolusi.

Dengan gambar-gambar fosil yang dikumpulkan dari seluruh dunia bersama dengan hidupan sebenar yang masih hidup, membuktikan bahawa hidupan tidak pernah berubah sejak berjuta-juta tahun dahulu. Sudah tentu ini merupakan bukti saintifik yang paling kuat bahawa hidupan termasuk manusia telah dijadikan Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Tidaklah apa yang dijadikan Allah itu berubah-ubah". (Surah Ahzab : 62)

"Sesungguhnya kami (Allah) jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian". (Surah At-Tin : 4)

Bukti-bukti saintifik yang dikemukakan dalam atlas ini telah membantu ramai bangsa Eropah menyedari mereka telah ditipu oleh Darwin selama lebih 150 tahun.

Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah laman web Perancis, Science Actualites, menunjukkan bahawa 92% responden percaya bahawa hidupan telah dijadikan dan hanya 5% yang masih yakin dengan teori evolusi.

Oleh itu, jelaslah bahawa Eropah yang selama ini menyanjung teori evolusi dan mengadaptasikannya dalam undang-undang negara dan kehidupan, kini semakin sedar bahawa ia hanyalah kisah dongeng yang tidak saintifik.

Bahaya Kreationisme Dalam Pendidikan

Sudah tentu kesedaran intelektual dan ideologi masyarakat Eropah ini mencetuskan kebimbangan isme-isme tidak beragam. Reaksi paling jelas dapat dilhat dalam laporan yang disediakan oleh Jawatankuasa Majlis Parlimen Eropah terhadap kebudayaan, sains dan pendidikan, yang disediakan oleh Guy Lengagne bertajuk: 'The Danger of Creationisme in Education', mengandungi 104 artikel yang memfokuskan perkembangan kepercayaan penciptaan di seluruh Eropah dan bagaiman ia mengancam beberapa golongan; 12 daripada artikel ini adalah tentang 'Atlas of Creation'.

Berhadapan dengan bukti-bukti yang jelas bahawa teori evolusi adalah tidak saintifik, perasaan putus asa dapat dilihat hampir pada setiap baris laporan ini.

Di antara artikel yang menarik adalah seperti berikut:

  1. Jawatankuasa ini bahawa kepercayaan evolusi semakin diabaikan dan semakin ramai orang yakin dengan hakikat penciptaan.
  2. Alasan utama mengapa Darwinis dipertahankan ialah kerana ia memberikan sokongan kepada materialisme. Keruntuhan Darwinisme bererti halangnya satu asas utama materialisme dan ateisme. Laporan ini juga menyebut sebagaimana pelajaran kreationisme semakin dierima masyarakat dunia.
  3. Laporan ini juga menyebut bahawa inilah pertama kalinya materialisme Eropah berhadapan dengan ancaman paling serius. Maklumat yang terkandung dalam 'Atlas of Creation' menyebabkan untuk pertama kalinya materialis mengambil langkah berjaga-jaga.
  4. Punca yang menyebabkan materialis panik ialah kerana Darwinisme bakal lenyap. Pada kaca mata materialis, hasil kerja yang mendedahkan kepalsua materialisme adalah satu ancaman kepada agenda Eropah.
Firman Allah yang bermaksud: "Bila kebenaran muncul, kebatilan akan musnah". (Surah Al-Isra' : 81).

"Kebenaran adalah dari Allah, janganlah kamu menjadi orang yang ragu". (Surah Al-Baqarah : 147).


..::Tags::..

...C0uple...

13:23 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)


Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui". (Al-Baqarah : 42)

Couple... Istilah couple ini dalam Bahasa Melayu nya disebut sebagai pasangan atau berpasang-pasang. Korang pun tahu lah macam mana keadaan orang tengah ber 'couple'. Semua yang mustahil itu boleh jadi tidak mustahil. Cinta itu buta.

"'Couple' ni boleh ke tak??"... Ada yang kata boleh ada yang kata tidak boleh... tetapi saya kata...

TAK BOLEH!!!

"Why??"

Dr. Fadzilah Kamsah pernah menjawab persoalan seorang penonton rancangan Bersama Dato' dalam Astro saluran Oasis, "'Coupling' ni hanya cinta monyet. So, jangan jadi monyet. Jangan sahkan diri anda sebagai monyet".

Kenapa tidak boleh 'couple'...??? 'Couple' merupakan satu jalan yang sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh Islam yang terdiri daripada jin dan manusia yang berusaha menjatuhkan umat Islam.

Seperti satu kaum yang telah dimusnahkan Allah taala kerana melakukan hubungan sesama jenis (homoseks) yang telah diterbalikkan bumi tempat kaum itu berpijak menenggelamkan segala harta dan manusia yang tinggal di sana kecuali pengikut-pengikut Nabi Luth a.s. yang meninggalkan tempat itu atas arahan Allah Azza wa Jalla. Kemudian cerita 'couple' pula muncul. Hubungan ini saya tegaskan sekali lagi sebagai sesuatu yang HARAM!!! Nanti akan diperjelaskan. Perhatikan firman Allah di bawah.

"Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam". (Surah Al-Ankabut :38)

Biasanya bagi semua orang yang terjebak dalam 'couple-coupling' ini merasakan dirinya tidak salah kerana syaitan telah menjadikan hati mereka memandang perkara yang salah sebagai sesuatu yang indah. Syaitan sangat licik... "Innahu lakum 'aduwwum mubin"...

Mereka merasakan yang diri mereka tidak mendekati zina kerana mereka sangka hubungan mereka berlandaskan syaria't Allah. Saling memberi tazkirah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ada sebahagian daripada mereka yang tidak menggunakan kata-kata jiwang or sebagainya. But it still wrong!!!

"Kenapa boleh masuk hukum haram pulak?"

Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Isra' : 32)

Jadi, dalil di atas menunjukkan haramnya zina dan 'couple'!!!

"Tak paham lah... Saya mana pernah dekat dengan zina, saya tak pernah jumpa awek saya kecuali kat sekolah..."

Kita kena ingat yang zina berpecah kepada beberapa zina kecil iaitu:

Zina tangan...

Zina kaki...

Zina mata...

Zina lidah...

Zina telinga...

Zina hidung...

Zina hati...

Dosa zina tangan adalah ketika tangannya berpegangan, dosa zina kaki adalah ketika kakinya melangkah ke tempat maksiat, dosa zina mata apabila matanya melihat benda-benda yang tidak sepatutnya dilihat, dosa zina lidah apabila bercakap perkara yang lagha dan mendatangkan hukum haram, dosa zina telinga apabila mendengar perkataan yang lagha dan dosa zina hidung apabila membau wangi-wangian seorang perempuan, dosa zina hati dikira apabila hatinya terfikir akan kekasihnya melebihi daripada terfikir akan Allah.

Dosa zina tangan, kaki, mata dan hidung dapat dielakkan apabila berjanji yang lelaki dan perempuan tidak akan bertemu.


"Okey... Settle. Saya mana pernah jumpa dia kecuali kat sekolah... mungkin ada jumpa sekali dua kot".


Dosa zina telinga dan lidah dapat dielakkan apabila berjanji yang lelaki dan perempuan tidak akan 'call' sesama mereka... kecuali dalam hal yang penting. Boleh ke 'couple' tak telefon sesama mereka dalam masa 24 jam?


"Ermm... Entahlah. Boleh jadi giler tak telefon dia sehari. Hehehe...".

Tetapi zina hati... nak elak macam mana??? "La taqrabuz zina..." merangkumi segala jenis zina, dari zina tangan sampailah ke zina hati... HARAM hukumnya mendekati zina. Baru mendekati, belum berzina lagi. Jadi, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah, jangan mendekati zina lebih-lebih lagi nak berzina. Ingatlah apa yang Allah larang itu ada hikmahnya.

Nasihatlah kawan-kawan yang tengah 'hangat' ber 'couple' supaya kembali ke pangkal jalan. Jalan yang lurus. Jalan yang orang-orang yang Allah bagi nikmat ke atas mereka. Allah berfirman:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertaqwa".


..::Tags::.. ,

"Sesungguhnya Agama Ini Mudah"

10:23 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

"Innad diinu yusrin"... Kalaulah ada persoalan yang datangnya daripada orang yang jahil tentang agama yang membangkitkan pertanyaan ini... macam mana kita nak jawab? "Sesungguhnya agama ini mudah"... tetapi mengapa Islam menetapkan cara berpakaian, bahagian yang menjadi aurat and macam-macam lagi lah...

Orang yang memusuhi Islam pun tidak akan lepaskan peluang dalam agenda menjatuhkan umat Islam. Musuh-musuh Islam dan orang yang jahil tentang agama hanya akan bertanya tetapi tidak beramal. Imam Al-Ghazali rahimahullahu taala berwasiat kepada salah seorang muridnya: "Jangan engkau banyak bertanya, tetapi hendaklah engkau banyak beramal".

Firman Allah dalam surah Al-Quran Al-Karim: "Seandainya mereka bersabar menunggu sehingga engkau (Muhammad) keluar menghadapi mereka. Maka itu adalah sesungguhnya lebih baik bagi mereka". (Surah Al-Hujurat : 5)

Juga telah berkata Khidir a.s. kepada Musa a.s. : "Maka janganlah engkau segera bertanya kepadaku tentang sesuatu, sehingga sampai masanya aku akan memberitahu tentang hal itu kepadamu". (Surah Al-Kahfi : 70)

Jadi persoalan di atas yang membangkitkan mengenai agama ini (Islam) adalah agama yang mudah, senang dan fitrah, tetapi mempunyai undang-undang yang sangat ketat. Kenapa?

Memang Islam senang dan mudah, kenapa nak pertikaikan lagi? Islam is the easiest religion in the world... Wah! Speaking pulak...

First sekali kenapa saya cakap why Islam senang and easy... Sebabnya kalau nak beribadah boleh beribadah di mana-mana, bukan sahaja di masjid or surau-surau. Padang pun boleh jadi tempat untuk solat. And bila hendak masuk masjid atau surau, tak perlu tutup kepala sedangkan agama Sikh perlu kepada penutupan kepala untuk memasuki rumah ibadat mereka.

Orang Islam boleh membaca kitab suci (Al_Quran) mereka tanpa ada tegahan, sedangkan bagi orang yang beragama Hindu, kasta yang paling bawah sekali tidak dibenarkan membaca kitab suci mereka. Kasta yang paling bawah sekali digelar parya... Kalau melanggar pantang larang ini, orang itu akan dikenakan hukuman yang berupa potong lidah mereka... Takut ahh...

Kenapa perempuan kena tutup ini, tutup itu dan tutup semua kecuali muka dan tapak tangan?

Itulah tandanya Allah sayang giler kat perempuan, Cubalah try ayam yang nampak sedap tetapi sebenarnya kita makan ayam yang orang dah makan, jadi lebih kurang kita makan sisa makanan orang lah. Allah nakkan sesuatu yang bagus untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Wanita yang solehah hanyalah untuk lelaki yang soleh. Rugilah lelaki yang soleh jikalau tiada wanita yang solehah di dunia ini. Nak ke lelaki yang soleh mempunyai wanita yang dah mendedahkan aurat mereka kepada orang lain? Not their taste arr... Bad quality... or maybe don't have any quality...

Allah sayang wanita dan Allah pun sayang lelaki jugak... Amnya, Allah sayang semua hamba dan makhluk-Nya...

Wallahua'lam...




p/s: Sorry kepada sesiapa yang terasa... apa yang saya tulis ini pun untuk kepentingan bersama...

..::Tags::..

25 Kelebihan Wanita

15:56 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

Tanpa kita sedari, kelebihan wanita lebih banyak daripada kelebihan lelaki. Pada hakikatnya, saya memang kurang arif akan hal wanita tetapi kerana permintaan seorang 'visitor ' ini, saya cuba mencari buku-buku dan rujukan untuk saya menyebarkan artikel ini dalam blog saya. Apa-apa pun saya cuba mencari lebih banyak lagi kelebihan wanita dan bandingkan ia dengan kelebihan lelaki....Insyaallah.


25 KELEBIHAN WANITA

  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
    suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


Nabi S.A.W pernah bersabda:

"Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Nabi S.A.W. bersabda tentang empat perempuan terbaik di dunia. Sabdanya:

“Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.”

..::Tags::..

Lelaki-lelaki Yang Mirip Para Nabi

12:45 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

Dalam satu riwayat, Jabir bin Abdullah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Telah diperlihatkan kepadaku para nabi. Adapun Nabi Musa a.s. bagaikan seorang lelaki dari suku Syanu'ah (1) . Kulihat pula Nabi 'Isa ibn Maryam a.s. ternyata orang yang pernah kulihat dan mirip kepadanya adalah 'Urwah bin Mas'ud (2) , kulihat pula Nabi Ibrahim a.s. ternyata orang yang mirip kepadanya adalah kawan kalian ini (iaitu Nabi S.A.W. sendiri). Kulihat pula Jibril a.s. ternyata orang yang pernah kulihat dan mirip kepadanya adalah Dihyah (3).

1) Suku Syanu'ah terdapat di Yaman, perawakan mereka sedang.

2) 'Urwah bin Mas'ud as-Tsafaqi adalah sahabat nabi S.A.W. Dia memeluk Islam pada 9 H.

3) Dihyah adalah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang mengikuti jihad f sabilillah setelah Perang Badar. Dia pun merupakan salah seorang pengikut Bai'ah Ridhwan yang bersejarah.



..::Tags::..

Voice of Palestinians

10:42 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

Di mana tentera-tentera muslimin?!
Di mana tentera Mesir?!
Di mana tentera Syria?!
Di mana askar Jordan?!
Di mana askar Yeman?!
Di mana bala tentera Algeria?!
Di mana bala tentera Indonesia?!
Di mana bom yang diusahakan Pakistan?!
Untuk apa ia diusahakan?!
Wahai saudara,
aku menyeru,
dengan penuh harapan,
dan kesakitan dalam hati,
aku bercakap kepadamu,
dan aku mengingatkan,
satu hari,
kamu akan berdiri,
di hadapan Tuhan yang berkuasa,
ke atas kerajaan langit dan bumi.
Pernah kamu berfikir,
bagaimana kamu berdiri?
Lalu berkata anak kami,
Orang Islam telah mengabaikan kami,
warga Quran telah merosakkan kami,
dan Ramadhan,
berlalu tanpa mereka membantu sedikit pun,

Bilakah Ummah Islam akan membangun?
Bilakah mereka,
akan sedar atas apa yang mereka lakukan?
Bilakah Ummah,
akan pulang ke Islamnya?
Apa yang masih ditunggu?
Apakah kau tegar melihat saudaramu,
Dihina?
Dicaci?
Dirampas apa yang haknya?

Fikirlah,
wahai warga Quran yang PERNAH mencapai saat gemilangnya...

..::Tags::..

Wasiat Imam As-Syibli Rahimahullahu Taala

10:09 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

Imam As-Syibli rahimahullahu taala telah berkhidmat kepada 400 orang guru.

Dan beliau juga berkata:

"Aku telah membaca empat ribu buah hadis, kemudian aku pilih daripada bilangan itu sebuah hadis yang benar-benar aku amalkan dan aku tinggalkan yang lain daripadanya. Kerana aku telah memerhatikan hadis yang aku pilih ini dan aku telah mendapati di dalamnya ada keselamatanku dan kesejahteraanku dan telah terkandung di dalamnya segala ilmul awwalin (ilmu orang dahulu) dan ilmul akhirin (ilmu orang yang kemudian) maka aku merasa cukup dengan berpegang teguh dengannya. Hadis itu ialah sebuah hadis yang pernah diwasiatkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada salah seorang daripada sahabatnya".

Hadis itu berbunyi yang bermaksud:

"Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadanya. Dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya".

Menurut Imam Al-Ghazali rahimahullahu taala, beliau berkata: "Apabila engkau mengetahui hadis ini, maka sebenarnya engkau sudah tidak perlu lagi kepada kepada ilmu yang banyak".

..::Tags::..

Pesanan Bumi Kepada Manusia

10:06 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

"Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku".

..::Tags::..

Bentuk Tubuh Rasulullah

18:59 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN /

Dalam satu riwayat yang bersumberkan Ali bin Abi Thalib k.w. dikemukakan: "Rasulullah tidak berperawakan terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek. Beliau berperawakan sederhana di antara kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak pula lurus kaku, melainkan ikal bergelombang. Badannya tidak gemuk, dagunya tidak lancip dan wajahnya agak bundar. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Bahunya bidang. Beliau memiliki bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Bila beliau berjalan, berjalan dengan tegap seakan-akan beliau turun ke tempat yang rendah. Bila beliau berpaling, maka seluruh badannya ikut berpaling. Di antara kedua bahunya terdapat Khatamun Nubuwwah, iaitu tanda kenabian. Beliau memiliki hati yang pemurah di antara manusia. Ucapannya merupakan perkataan yang paling benar di antara semua orang. Perangainya amat lembut dan beliau paling ramah dalam pergaulan. Barangsiapa yang melihatnya, pastilah akan menaruh hormat padanya. Dan barangsiapa yang pernah berkumpul dengannya, kemudian kenal padanya, tentulah ia akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifatnya, pastilah akan berkata: "Belum pernah aku melihat sebelum dan sesudahnya orang yang seistimewa beliau S.A.W."(1).

1) Diriwayatkan oleh Ahmad bin 'Ubadah ad-Dlabi al-Bashri, juga diriwayatkan oleh Ali bin Hujr dan Abu Ja'afar Muhammad bin al-Hussein dari Isa bin Yunus dari 'Umar bin Abdullah dari Ibrahim bin Muhammad dari salah seorang putera Ali bin Abi Thalib k.w. yang bersumber dari Ali bin Abi Thalib.


Hadis di atas disokong oleh hadis yang berbunyi:


Dalam satu riwayat yang bersumber dari Hassan bin Ali r.a. dikemukakan; bahawa ia pernah bertanya kepada pak ciknya yang bernama Hind bin Abi Halah(2) tentang sifat Nabi S.A.W. Hind menjawab: "Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang berjiwa besar dan berwibawa. Wajahnya cerah bagaikan rembulan di malam purnama. Beliau lebih tinggi dari orang yang rendah dan lebih rendah dari orang yang tinggi. Beliau berjiwa pelindung. Rambutnya bergelombang. Apabila beliau menyisir rambut (rambutnya, maka dibelahnya menjadi dua. Bila tidak, maka hujung rambutnya tidak melampaui daun telinga. Rambutnya disisir dengan rapi, sehingga tampak selalu bersih. Dahinya lebar, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Di antara keduanya terdapat urat yang tampak kemerah-merahan apabila marah. Hidungnya mancung, di puncaknya ada cahaya yang memancar sehingga orang yang tidak mengamatinya akan mengira puncak hidungnya lebih mancung. Janggutnya tebal, kedua pipinya mulus, mulutnya lebar (serasi dengan bentuk wajahnya), giginya agak jarang teratur rapi, bulu dadanya halus, lehernya mulus dan tegak bagaikan leher kendi. Bentuk tubuhnya sedang-sedang sahaja, badannya berisi, perut dan dadanya sejajar, dadanya bidang, jarak antara kedua bahunya lebar dan tulang persendiannya besar. Badannya yang tidak ditumbuhi rambut nampak bersih bercahaya. Dari pangkal leher sampai ke pusat tumbuh bulu yang tebal bagaikan garis. Kedua susu dan perutnya bersih selain yang disebutkan tadi. Kedua hasta, bahu dan dada bahagian atas berbulu halus. Kedua ruas tangannya panjang, telapak tangannya lebar. Kedua telapak tangan dan kakinya tebal, jari-jemarinya panjang, lekukan telapak kakinya tidak menempel ke tanah. Kedua kakinya licin sehingga air pun tidak menempel. Bila baginda berjalan, diangkat kakinya dengan tegap. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan sopan. Jalannya cepat, seakan baginda turun ke tempat yang rendah. Bila baginda menoleh seseorang, maka baginda memalingkan seluruh tubuh badannya. Pandangan matanya terarah ke bawah, hingga pandangannya ke bumi lebih lama dari pandangannya ke langit. Pandangannya penuh makna. Bila ada sahabat berjalan, maka baginda berjalan di belakangnya dan bila berselisih, maka beliau menyapanya dengan salam"(3).

2) Hind bin Abi Halah ialah putera Khadijah (anak tiri Rasulullah S.A.W.) dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah. Ia termasuk orang yang banyak menceritakan sifat Rasulullah S.A.W.

3) Diriwayatkan oleh Sufyan bin Waki' dari Jami' bin 'Umair bin 'Abdurrahman al-'Ajali dari warga Bani Tamim bernama Aba 'Abdullah dari Hind putera Abi Halah yang bersumber dari Hassan bin Ali r.a.)
____________________________________________________________________
*Sumber:
  • Buku: As-Syamail Muhammadiah
  • Karya: Imam At-Tirmidz (Abu 'Isa Muhammad bin 'Isa bin Saurah)
  • Alih Bahasa: Drs. M. Tarsyi Hawi

..::Tags::..

Remaja dalam Islam

15:59 / ..::di'post' oleh::.. SAIF EL-IKHWAN / testimoni (0)

Daripada Abu Hurairah dari Nabi S.A.W. bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah Taala di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali hanya naungan-Nya: Pemimpin yang adil, pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah Taala, lelaki yang hatinya terkait pada masjid, dua orang yang yang saling cinta-mencintai kerana Allah (berhimpun kerana Allah dan berpisah kerana Allah), lelaki yang dirayu oleh perempuan yang jelita untuk mengerjakan zina lalu ia berkata: Aku takut akan Allah, lelaki yang menyembunyikan sedekahnya, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan bersendiran maka mengalir air matanya". (H.R Bukhari dan Muslim)

Remaja dan pemuda merupakan aset terpenting dalam sesebuah negara kerana mereka merupakan bakal pemimpin masa depan.

Pentingnya remaja dapat dilihat dalam hadis nabi di atas sehingga perkataan "Syaab" dan "Rajul" disebut sebanyak lima kali atau lima antara tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di Padang Mahsyar yang dikatakan nabi sebagai satu tempat yang tiada naungan kecuali naungan Allah.

Golongan pertama yang berkaitan dengan remaja iaitu " pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah" ialah sepanjang hidup remajanya (Syaab) dia melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya dan dia berpegang teguh dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

Kenapa remaja? Kenapa tidak orang tua dan warga emas? Kenapa Nabi mengatakan remaja?

Nabi S.A.W menyebut remaja kerana remaja merupakan satu tempoh perubahan dari zaman kanak-kanaknya menuju ke suatu zaman yang dikatakan zaman dewasa. Dalam tempoh inilah, remaja mula merasai perubahan pada emosinya, fikirannya yang mengatakan dia bukan lagi seorang kanak-kanak, jadi dia tidak perlu dikongkong sebagai seorang kanak-kanak lagi. Dan mereka mempunyai pemikiran yang tidak panjang... mereka hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Mereka ingin mencuba sesuatu yang dirasakan mereka sebagai satu... keseronkan.

Oleh kerana zaman remaja merupakan suatu zaman yang... kritikal, Nabi mengingatkan, selagi mereka (remaja) berpegang teguh dan taat pada Allah Azza wa Jalla, selagi itulah mereka djanjikan dengan naungan Allah di Padang Mahsyar kelak.

Golongan yang kedua ialah, "lelaki yang hatinya terkait pada masjid".

Lelaki yang hatinya sentiasa terkait pada masjid menjadikan masjid sebagai lambang dan syiar agama. Hati mereka sentiasa merindui masjid dan ingin berada dalam masjid selama yang dia mahu. Kerinduannya pada masjid menjadikan dia sebagai seorang daripada golongan yang Allah akan naunginya di hari yang dikumpulkan sekalian makhluk-Nya. Masjid telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

Golongan yang ketiga ialah, "lelaki yang dirayu oleh perempuan yang jelita untuk mengerjakan zina lalu dia berkata: Aku takut akan Allah".

Cabaran dan dugaan yang paling hebat bagi lelaki khususnya remaja ialah wanita. Sebab apa saya katakan begitu?

Sedar atau tidak, kebanyakan wanita boleh membawa kemudharatan kepada diri sendiri. Tak percaya ke??? Saya bagi contoh... Pernah atau tidak remaja lelaki yang main sms dengan seorang perempuan solat pada awal waktu...???

Macam mane??? Lu pikir sendiri...

Belum lagi seorang perempuan mengajak untuk mengerjakan zina. Kalau kita berada dalam situasi seorang perempuan mengajak kita kepada zina, belum tentu kita boleh menepis ajakannya dan berkata, "Aku takut akan Allah". Besar dugaannya. Nabi S.A.W sanjung akan seorang pemuda yang menepis ajakan seorang perempuan yang jelita dan menggiurkan yang mengajak untuk melakukan zina.

Golongan yang keempat ialah, "lelaki yang menyembunyikan sedekahnya, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanan" bermaksud seorang lelaki yang menyedekahkan hartanya tanpa mahu menunjuk-nunjuk dan melakukan sedekahnya dengan ikhlas. Lelaki ini bersedekah kerana ingin mendapat keredhaan Allah dan pahala yang akan dijadikan sahamnya di akhirat kelak, penentu sama ada tinggalnya di syurga atau di neraka. Tergolonglah golongan ini dalam golongan yang dijamin Allah akan selamat di Padang Mahsyar.

Golongan yang kelima ialah, "seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian maka mengalirlah air matanya". Ini adalah tanda orang yang takut akan azab Allah. Apabila disebut nama Allah, maka bergegarlah hati ini kerana gerunnya dia terhadap azab seksa Allah. Perkataan takut dan gerun kepada Allah bukannya bermakna kita menjauhkan diri dan lari daripada Allah, tetapi perkataan takut dan gerun itu adalah takut dan gerun kepada azab Allah dan berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah supaya dapat mengelakkan diri daripada azabnya yang pedih.

Wallahua'lam


..::Tags::..